Lullabies

Tuesday, 13 August 2024

Baby & Papoy

 

Baby & Papoy


16 Mac 2024



Bulan puasa tu, balik klang. sebab family gathering untuk berbuka puasa. betul betul waktu nak berbuka puasa, terdengar bunyi anak kucing. aku dengan jia pun pergi la tengok. ada dua ekor anak kucing dalam parit, tah mana la mak dia. mungkin sebab basah, tu yang bising dua ekor ni, tapi comel je.

aku ngan jia pun amik lah bersihkan badan, bagi makan sikit, sementara tu letak dalam sangkar, takut ada biawak makan pulak kalau dia kat luar. badan dah bersih tu, dah selesa la kot dua ekor ni. so aku pun decide nak jaga sebab comel, cian takda mak pulak tu. so moksu pun suruh la pinjam carrier dia, bawak balik melaka.

bermula la hari aku jaga dia ekor ni kat rumah. meriah betul rumah aku, sana sini dia berlari. nakal dua ekor ni. tunggang langgang rumah aku, tapi aku okey je, marah pun, aku sayang jugak.



kejap je masa berlalu, dah membesar diorang ni. tapi perangai tetap nakal. alas meja, tikar, pasir kucing, even pintu pun habis dia gigit, si baby la suka menggigit segala benda. marah betul aku kalau dia ni menggigit, jahanam barang barang dalam rumah. tapi baby ni manja, bila aku tidur, dia akan sandar je kat aku, kalau papoy, papoy suka gesel kepala kat tangan atau kaki orang. baby macam tak ganggu sangat, just sandar pastu aku peluk, dia pun tidur la sama sama dengan aku. rindu baby


7hb Ogos tu baby dah macam lain, start taknak makan, aku ingat demam. aku pun suap la makan kat mulut dia, since tak panas lagi badan dia, aku just bagi minum air zamzam je. esoknya dia okey dah, dah berlari balik dengan papoy. lega la aku rasa. balik tu aku bagi makan ikan, happy je diorang.  tiba tiba 9hb Ogos, dia jadi balik, taknak makan, murung je, ah sudah, aku dah risau, balik kerja dah pukul 7, nak g vet pun dah tutup, tapi pergi je la kedai kucing, beli ubat cacing sebab aku syak cacing laa tu dalam perut dia. balik tuu aku suap makan & bagi ubat cacing, bagi minum air zamzam.

09 ogos tu aku nak kena balik klang, ada hal pulak kat klang. so dah settlekan kucing semua, aku pun balik la klang. 

12 Ogos tu balik melaka, aku tengok baby ada dekat rumah jiran sebelah, terbaring. jia cepat cepat turun kereta nak tengok baby hidup lagi ke tak, alhamdulillah baby masih bernyawa. cepat cepat amik ubat, wet tissue, air, nak bersihkan badan dia, sebab terbaring je atas tanah tu.

bila nak bersihkan jia perasan banyak gila maggot kat bontot, sampai dah berlubang bontot baby, terus lah aku dengan jia bawak g vet. kesian baby, berapa lama lah dia tunggu aku sampai.

tapi nampak ada harapan sebab baby masih angkat kepala dia, dia tengok la aku ni, sedih aku pandang dia. dalam vet tu, doc matikan maggot tu, and cukur bulu area berdekatan untuk detect telur lalat lagi, nanti bertelur lagi. since that baby masih angkat kepala, sampailah pembantu doc tu masuk, doc cakap nak amik darah, nurse tu cukur bahagian leher baby, sebab nak amik darah, so baby membelakangkan aku, aku tak nampak, just nampak nurse tu cukur,

tiba tiba nurse tu cakap baby dah tarik nafas panjang, doc pun pump la jantung baby, last tu doc nak masukkan pam untuk pam jantung baby. masa dia sumbat saluran pam tu, mata baby pandang aku, sumpah runtun nya hati aku tengok keadaan tu, mesti lah sakit sangat, 2 sec after that, doc kata baby dah takda. nanges jia. 

bayar & balik, ada sedikit arguement jadi, tapi aku calmkan jia and balik terus, we decided tanam baby dekat dengan rumah aku. aku belum rasa sedih sangat, just kecewa baby sakit, tapi makin disakitkan, sebab aku nampak chance baby untuk sihat. instead cukur amik darah, should be masukkan air je terus since baby dah lemah and jaundis.

bila aku pandang papoy sorang sorang, betapa sedihnya hati aku, dia hilang kawan sepermainan dia, dia hilang teman bermain, teman tidur sama sama, teman makan. kesiannya papoy. menangis aku malam tu, rindukan baby. aku boleh je bagi air kepala kat baby, cuma aku tak boleh fikir masa baby sakit, aku harapkan bantuan doc, tapi doc makin sakitkan dia dengan amik darah, cukur bahagian leher, tah la, aku tak percaya vet tu dah. sampai bila bila. 

aku rindu baby sangat, aku sayang baby, terasa dia masih ada dalam rumah tu. rindu diorang berlari, rindu diorang menyelit tidur dengan aku, rindu diorang teman aku kat toilet, mana je aku pergi diorang follow, rindu sangat. tapi ni kali terakhir la aku bela kucing, aku sakit bila diorang tinggalkan aku. aku down, aku sakit, aku sedih, Allah je tahu.

papoy, saya jaga papoy ya, semoga papoy membesar dengan sihat, papoy ada saya, saya akan jaga papoy baik baik. rindu and sayang korang sampai mati.