Lullabies

Tuesday 13 February 2024

01DEC2023

 Tahniah awak. You got twin babies. Happynya dengar. Finally awak dapat keluarga yang sempurna. Mesti awak happy ada twin baby boys. Tahniah Peah. Aku rindu kau. Hari yang barakah, Jumaat penghulu hari, permulaan hari, untuk penghujung tahun. Awak ditakdirkan kedatangan bayi lelaki. Syukur ke hadrat Ilahi. 


Everyday doa saya, semoga Allah temukan kita di syurga. mungkin itu bukan doa awak, of course saya bukan dalam list awak. tapi awak , saya tetap doakan.


Update : hari ni baru tahu, rupanya awak dapat baby girl ya. Tahniah peah. Camelia & Clarisa. Comel nama. Saya doakan kebahagiaan untuk life awak. Well awak, malam tadi saya mimpi awak. Rindunya Allah je tahu. Saya mimpi saya jumpa awak. tak tahu apa saya buat sampai awak datang dalam mimpi saya. everyday, saya cuba nak contact awak. nak bgtau awak, saya terseksa selama 8 tahun ni. tapi saya cuma mampu tapi tapi tak mampu send kat awak. 

Saya taknak jadi penggangu rumah tangga awak. saya takkan ganggu awak walau rindu cane pun saya pada awak. awakkk, saya tahu sakitnya bila someone yang kita sayang, diganggu orang lain. saya takkan buat macam tu. saya mampu sayang awak dari jauh. masih saya berpegang semoga awak & saya ditemukan dalam syurga. saya rindu sangat. saya sayang sangat. rasa ni saya bawak sampai mati ya.

semoga awak sentiasa berada dalam keadaan baik baik je awak. berbahagialah awak dengan siapa pun atas muka bumi ni. 

Thursday 30 November 2023

luka saya

 

Lately ni rasa teringat kat semua kenangan kita. Ingat lagi masa kita dah lama tak jumpa, and masa saya sampai kat Jb tu, awak amik saya dengan motor. Lepas saya turun je bas, awak pandang saya lama sangat. Saya boleh rasa betapa awak rindu saya, macam tu jugak saya, rindu sangat kat awak.


Masa saya pindah Jb, saya takda kerja lagi, awak tolong saya cari kerja. awak teman saya g interview. 4 hari je saya kerja, lepas tu saya dah taknak kerja. awak amik saya kat lab tu. bawak saya balik. 


saya usaha cari kerja sendiri. saya interview kat Yoke Food, masa saya nak g interview tu, saya ternampak awak kat receiption, awak saja g situ, nak tengok saya. Sweet betul. awak teman saya sampai kat motor. rindu lah kat awak. 

tapi saya dapat kerja lain. dekat dengan tempat kerja awak

awak teman saya lunch. tapi kesian awak, kena kecam sebab kawan dengan saya. satu kilang kecam awak kan. sabar betul hati awak sayang.

rindu awak sayang, rindu tengok awak sayang saya sangat. saya janji jadi baik kat dunia. semoga Allah jumpa kan kita kat akhirat, sumpah rindu ni berat :(

Thursday 9 November 2023

Hajar Syuhada

 10 Nov 2023

2017-2023

Awak, dah 6 tahun kita berpisah. Suddenly saya rindu awak. Almost 2 weeks, saya rasa down, sedih yang melampau, rasa murung & rindu yang teramat sangat dekat awak. Tak sangka dah 6 tahun saya hilang awak, tapi rasa sakitnya macam baru lagi.

teringat ingat kenangan dengan awak, masih segar dalam ingatan saya senyuman awak, muka awak, sentuhan awak, masih segar dalam ingatan saya. Hari ni kita macam musuh kan awak? Rindunya rasa. Last saya text awak 30 may, saya bgtau awak Jack dah takda. saya sedih, and awak tak reply saya langsung. Sokay sayang, saya tahu awak takmau ingat saya. Hari ni saya dengar berita awak dah mengandung. Cikmok, Tahniah, finally awak berjaya bina keluarga yang awak impikan, keluarga yang bahagia dengan lelaki yang baik. Saya gembira dengar berita ni.

saya? saya masih sendiri awak. masih kesuyian. actually dah banyak kali bercinta, tapi semuanya kejap kejap. paling lama 8 bulan. sebab rasa tak boleh move on. Ingatkan ada orang lain, boleh la lupa awak. Tidak rasanya, hati ni masih fikirkan awak.

saya simpan semua conversation awak dalam hard disk. ingatkan kita pergi beli sebelum saya pindah tu. saya simpan semua dalam tu. ada video kita. baru baru ni saya ada buka video kita. kat rumah. video tu kita sembang sembang, and i was realize something, saya banyak sembang dengan awak tanpa rasa awkward. you know what , saya sekarang seorang introvert, tak suka bersembang, kalau dengan orang, saya berligat fikir one topic atleast untuk sembang, tapi bila tengok video tu, saya sedar, saya tak macam tu pun, saya rancak sembang dengan awak, saya selesa nak borak banyak benda dengan awak. 

saya dah lain sekarang awak. diam ni buat saya sunyi, saya tak suka bersembang dengan orang, saya nak sendiri je. tapi saya sakit sendiri, bila ada orang pun, saya just nak dia ada je, bukan untuk sembang. apa lah kehidupan yang saya sedang bina ni. saya pun tak tahu. dalaman diri saya dah hancur, saya tak mampu baiki lagi.

hidup ni sekadar tujuan kerana Allah & cuba beri manfaat untuk orang keliling. Saya dah janji, saya nak jumpa awak kat syurga. orang akan gelakkan saya, tapi almost 7 years, saya masih pegang benda yang sama. Sementara tu saya jadikan diri saya baik sebagai hamba Dia. Jumpa awak kat sana ya.



Wednesday 29 March 2017

Sempunakan Diri Ku~60 Month

Awak.. Baca coretan ni, dengan hati yang lapang. Dengan hati yang terbuka, tanpa ada rasa marah, tanpa ada rasa benci, tanpa ada gangguan. Hanya awak & kesunyian.

Assalamualaikum awak, sihat ke awak? Lama saya tak tanya khabar awak. Saya tak tahu apa apa perkembangan pasal awak. Saya rindu betul pada awak.



Sayang, Happy Anniversary for 60 month. Bersamaan 5tahun. 5Tahun perkenalan kita. 5tahun hubungan kita. 5tahun untuk awak & saya.

Maniskan perkenalan kita? Masih awak ingat? Hari ini,5tahun yang lepas, awal awal pagi awak text saya. Dengan 1 text tu jadikan kita semakin rapat, 1 text tu menjadikan kita penting satu sama lain. 1 text tu menjadikan awak manusia paling saya sayang dalam hidup saya. Awak yang paling saya sayang. Banyak. Banyak sangat kenangan kita. Secebis pun tak pernah hilang dari ingatan saya. Sesaat yang berlaku pun tak pernah saya lupa. Saya sayang awak seikhlas hati saya.

Awak, selama kita bersama, saya terima semua kekurangan awak. Saya terima semua masa silam awak, Saya terima keburukan awak. Kita sama-sama saling menerima. Seinci pun kaki saya tak pernah angkat dari sisi awak. Sakit apa pun tindakan, kata-kata & perlakuan awak. Saya tak pernah pergi. Saya masih nak terima awak. Sebab saya sayang awak.


Sayang, buah hati saya. Maafkn kesilapan saya. Saya bnyak ajar awak benda tak baik. Awak betul. Siapa nak tahan dengan manusia seperti saya? Siapa awak? Even mak pun tak mampu bertahan dengan saya, apetah lagi orang luar seperti kamu. Terima kasih ingtkan saya tentang itu. Didikan yang diberikan pada saya tak begitu baik awak, sampai saya berikan didikan tu pada awak. Tapi satu saya nak awak tahu, didikan yang baik dari ibubapa awak, yang sampai pada awak, sekaligus telah sampai pada saya. Saya belajar erti sabar. Kesabaran yang sesungguhnya. Mungkin kesabaran tu tak terlihat dimata awak, tapi terkesan di hati saya. Maaf jika kesabaran saya tak sampai tahap yang awak inginkan. Maafkan saya awak.


Saya sayang awak sepenuh hati saya. Maafkn selama ni saya kongkong hidup awak. Saya cuma takut. Terlalu takut hilang awak. Saya takut tengok ramai lelaki kejar awak. Saya takut awak semudah tu pergi dari saya. Saya takut dilukai lagi. Saya takut sangat hilang awak. Saya cuba percaya awak. Tapi kepercayaan saya awak persendakan semudahnya, awak takkan pernah tahu sesukar apa saya bina semula kepercayaan ini untuk awak. Kesilapan besar awak adalah tidak setia. Kesilapan besar saya adalah berikan awak peluang kedua.

Awak tak akan pernah sedar besarnya pengorbanan saya demi awak. Kerana keburukan saya telah menutup sebahagian besar kebaikan yang saya berikan sepanjang bersama awak. Cukup lah hanya saya yang sedar akan pengorbanan saya untuk awak & awak perlu tahu, saya sentiasa sedar akan pengorbanan awak untuk saya. Maka saya hadiahkan kesetiaan selayaknya untuk awak.



awak banyak berjanji dengan saya. Awak banyak bersumpah dengan saya. Janji yang awak taburkan bukan sahaja antara kita. Tapi pengikatnya ada DIA. 

Allah dah berjanji setiap perbuatan akan dibalas walaupun sebesar zarah. Saya serahkan semuanya pada Dia. Dia selayakkan menentukan. Tapi awak jangan risau, saya tak harapkan awak merasai kesakitan seperti yang saya tanggung ni awak. Sakit ni, cukup la saya je yang rasa. Saya rindu awak, rindu sangat. Susahnya saya nak lupakan awak. Tapi apa daya saya ni awak? Selama ni hanya awak kekuatan saya. Awak tanya saya mana pergi kekuatan saya? Selama ini kekuatan saya bukan pada diri saya. Tetapi ada pada awak. Dan kekuatan itu pergi bersama awak.




Dimana awak berpijak HARI INI, adalah kerana bersama saya. Dimana saya berpijak HARI INI adalah kerana bersama awak. Jangan awak lupa & saya tak akan sama sekali lupa.

Saya yang bersusah senang dengan awak, saya yang berbasah kering dengan awak, saya yang ketawa menangis dengan awak. Saya ini yang jatuh bangun dengan awak. Bukan abang awak, bukan bulat, bukan sesiapa. Hanya saya, awak & kita. Tapi penghargaan itu jelas awak berikan bukan pada yang bersama awak, tapi yang berada di saat awak sedang senang.

Maka demi itu,

Saya halal kan semua duit saya yang awak guna semasa awak tipu saya. Saya halalkn makanan yang sampai ke perut awak semasa awak sedang perbodohkan saya. Saya halalkan semua perbuatan awak, saya halalkan semua pembohongan awak. Saya halalkn janji & sumpah awak. Saya halalkan hak saya yang awak abaikan, saya halalkan setiap barang saya yang awak sentuh, saya halalkan kaki awak yang menjejaki setiap ruang yang bukan milik awak. Tak ada lain saya halalkn ini kerana Allah. & sesungguhnya kerana saya sayang awak melebihi segalanya.


Bertahun sudah kita bersama
Hanya dusta sebalik setia
Kau biarku derita
Menangis didalam jiwa
Kau terluka akulah peneman
Kau bahagia aku di tinggalkan

****


Rupanya sudah 5 tahun Allah pinjamkan diri kamu bersama sang yatim piatu ini. Diwaktu orang lain punya ibubapa sebagai rujukan, bimbingan & sandaran tetapi aku hanya bertatih sendiri. Terima Kasih pernah menjadikan aku pendamping hidup kamu tanpa batas waktu.
Jauh dari kamu adalah kesunyian, kerana hanya diri kamu penghibur, hanya kamu mengerti diri ini, hanya kamu faham kesedihan, kemarahan, kesunyian & gelak tawa diri ini. Maafkan aku jika banyak hak kamu aku abaikan, hak kamu aku endahkan, hak kamu aku lupakan. Maafkn sesungguhnya.
Sayangnya pada kamu hanya aku & tuhan saja yang tahu.  Aku telah tersangkut dihati kamu, dijiwa mu, di kehidupan mu.



Saya ini adalah hadirnya dari aniaya kamu. Yang kamu sakiti hatinya, yang kamu permainkan perasaannya. Yang kamu tabur janji segala. Setiap kebaikan akan sampai pada pelakunya malah demikian juga sebaliknya.
Saya tak pernah lihat kekurangan awak sesuatu masalah besar pada saya, saya tak pernah lihat semua masalah yang merunsingkan awak itu sekecil kecil perkara. Malah tidak juga saya menganggap kerinduan awak pada saya itu remeh semata. Kerana kerinduan yang diabaikan adalah kesakitan sesungguhnya.





Selalu aku ingatkan diri aku, kamu itu adalah pinjam-pinjaman , sampai waktu akan pergi jua. Sesungguhnya kita ini tidak dimiliki atau memiliki melainkan kerana Dia. Tidak aku memulis nama kamu di merata tempat kerana cukup nama kamu di dalam doa aku, di dalam sujud panjangmukan kelak. Cukup kamu tahu aku sedang sakit akibat perbuatan kamu.

Pemergian kamu membawa bersama separuh jiwa aku.

Salam perkenalan 5 years Hajar Syuhada. 

Dari saya Nurul Hafizan.

Tuesday 11 October 2016

Rumah Baru

Awak,

Kemarin awak dah dapat rumah baru. Lepas ni, awak betol-betol pergi dari hidup saya. Lepas ni saya betol-betol hilang awak la sayang. Saya rindu awak. Hmm, macam mana awak? Sunyinya setiap sudut hati saya ni bila awak btol-betol dah tak ada nanti.

Sayang, saya rindu semua kenangan kita. Hati saya takut sangat nak lepaskan awak. Saya takut rasa sunyi sangat. Saya takut saya tak kuat. Saya tak kuat tak ada awak kat sisi saya, Saya tak tahu nak terangkan kat awak, betapa hati saya berkecai sangat saat ni. Saya tak tahu nak reaksi yang macam mana. Saya rindu awak. Rindu kenangan kita sayang. Sumpah, rindu sangat.

Wednesday 4 May 2016

Setia

4 Mei 2016 ~ Hari ni genap 25 tahun usia aku. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur aku.
& Beri kesihatan yang baik untuk aku. Semoga Allah murahkan rezeki aku & Allah buka pintu rahmatNya untuk aku.

Thanks kat orang sekeliling yang sentiasa berada disisi saat susah & senang. Thanks kat awak, Sebab selalu mendorong diri ke jalan yang lebih baik. Thanks untuk family juga.

Orang setia paling banyak kecewa. Betol. Sebab once kau setia, Kau cuba buat sesuatu yang baik untuk pasangan kau tapi di anggap perkara biasa. Aku x bangga nak mengaku aku orang setia. & aku x sedih di anggap orang paling bodoh.

Yes aku selalu jadi bodoh sebab cinta, sebab setia. Aku berkorban segalanya tapi akhirnya aku ditinggalkan. Banyak kali. Betapa sakitnya tengok pasangan kita takot kehilangan orang yang baru dia kenal. Berbanding kita. Betapa sakit bila pasangan kita cakap dia tawar hati padahal belakang kita dia ade orang lain. Aku setia. Tapi dipermainkan. Dari dlu lagi.

Kenapa bila setia x pernah jumpa orang yang same same setia. Hanya Allah yang tahu.

Friday 22 April 2016

Kesedihan

Sayang, saya tahu awak impikan sebuah perkahwinan yang lengkap untuk diri awak. Sebuah keluarga yang complete untuk awak.
Seringkali saya terfikirkan mcm mana keadaan tu. Awak kenal lelaki. Awak bercinta. Cara pandangan awak pada dia. Sentuhan awak pada dia.. Awak bertunang dengan dia. Awak cantik sangt. Awak tersenyum gembira. Awak siapkan perkahwinan awak, test baju dengan dia, siapkn gubahan, pilih baju dengan dia. Awak bhagia tggu saat di nikahkan. Kalaulah semua ni saya rasa dengan awak, Gembira hati saya.

Beruntungnya siapa yang dapat awak. yang dapat kasih sayang awak.
Cemburu betol hati saya. Tapi apa saya boleh buat? Cuma saya berharap xkan ada kesakitan ke atas awak. Awak layak dptkn sesuatu yang lebih berharga, yang lebih membahagiakn. Saya sayang sangat dekat awak. x tahu kenapa, saya cinta sangt dengan awak.

Pernah saya kata dlu, saya akan selalu setia dengan awak. Dah 4 tahun sayang, saya betol betol pegang apa yang saya pegang. X tahu apa nk buat kalau saya betol betol xde awak. Kalau sy betol betol hilang awak. Saya terasa setiap pelusuk dunia ni kosong xde awak. Saya betol betol sakit xde awak. Sekarang ni, saya betol betol rasa sakit tu awak. Saya tahu ade org tengah tggu awak dekat luar sana. Saya tahu dia pon sayang awak, Saya tahu dia impikan awak. Yang saya tahu, saya terlalu sayang awak.