Lullabies

Tuesday, 13 August 2024

Baby & Papoy

 

Baby & Papoy


16 Mac 2024



Bulan puasa tu, balik klang. sebab family gathering untuk berbuka puasa. betul betul waktu nak berbuka puasa, terdengar bunyi anak kucing. aku dengan jia pun pergi la tengok. ada dua ekor anak kucing dalam parit, tah mana la mak dia. mungkin sebab basah, tu yang bising dua ekor ni, tapi comel je.

aku ngan jia pun amik lah bersihkan badan, bagi makan sikit, sementara tu letak dalam sangkar, takut ada biawak makan pulak kalau dia kat luar. badan dah bersih tu, dah selesa la kot dua ekor ni. so aku pun decide nak jaga sebab comel, cian takda mak pulak tu. so moksu pun suruh la pinjam carrier dia, bawak balik melaka.

bermula la hari aku jaga dia ekor ni kat rumah. meriah betul rumah aku, sana sini dia berlari. nakal dua ekor ni. tunggang langgang rumah aku, tapi aku okey je, marah pun, aku sayang jugak.



kejap je masa berlalu, dah membesar diorang ni. tapi perangai tetap nakal. alas meja, tikar, pasir kucing, even pintu pun habis dia gigit, si baby la suka menggigit segala benda. marah betul aku kalau dia ni menggigit, jahanam barang barang dalam rumah. tapi baby ni manja, bila aku tidur, dia akan sandar je kat aku, kalau papoy, papoy suka gesel kepala kat tangan atau kaki orang. baby macam tak ganggu sangat, just sandar pastu aku peluk, dia pun tidur la sama sama dengan aku. rindu baby


7hb Ogos tu baby dah macam lain, start taknak makan, aku ingat demam. aku pun suap la makan kat mulut dia, since tak panas lagi badan dia, aku just bagi minum air zamzam je. esoknya dia okey dah, dah berlari balik dengan papoy. lega la aku rasa. balik tu aku bagi makan ikan, happy je diorang.  tiba tiba 9hb Ogos, dia jadi balik, taknak makan, murung je, ah sudah, aku dah risau, balik kerja dah pukul 7, nak g vet pun dah tutup, tapi pergi je la kedai kucing, beli ubat cacing sebab aku syak cacing laa tu dalam perut dia. balik tuu aku suap makan & bagi ubat cacing, bagi minum air zamzam.

09 ogos tu aku nak kena balik klang, ada hal pulak kat klang. so dah settlekan kucing semua, aku pun balik la klang. 

12 Ogos tu balik melaka, aku tengok baby ada dekat rumah jiran sebelah, terbaring. jia cepat cepat turun kereta nak tengok baby hidup lagi ke tak, alhamdulillah baby masih bernyawa. cepat cepat amik ubat, wet tissue, air, nak bersihkan badan dia, sebab terbaring je atas tanah tu.

bila nak bersihkan jia perasan banyak gila maggot kat bontot, sampai dah berlubang bontot baby, terus lah aku dengan jia bawak g vet. kesian baby, berapa lama lah dia tunggu aku sampai.

tapi nampak ada harapan sebab baby masih angkat kepala dia, dia tengok la aku ni, sedih aku pandang dia. dalam vet tu, doc matikan maggot tu, and cukur bulu area berdekatan untuk detect telur lalat lagi, nanti bertelur lagi. since that baby masih angkat kepala, sampailah pembantu doc tu masuk, doc cakap nak amik darah, nurse tu cukur bahagian leher baby, sebab nak amik darah, so baby membelakangkan aku, aku tak nampak, just nampak nurse tu cukur,

tiba tiba nurse tu cakap baby dah tarik nafas panjang, doc pun pump la jantung baby, last tu doc nak masukkan pam untuk pam jantung baby. masa dia sumbat saluran pam tu, mata baby pandang aku, sumpah runtun nya hati aku tengok keadaan tu, mesti lah sakit sangat, 2 sec after that, doc kata baby dah takda. nanges jia. 

bayar & balik, ada sedikit arguement jadi, tapi aku calmkan jia and balik terus, we decided tanam baby dekat dengan rumah aku. aku belum rasa sedih sangat, just kecewa baby sakit, tapi makin disakitkan, sebab aku nampak chance baby untuk sihat. instead cukur amik darah, should be masukkan air je terus since baby dah lemah and jaundis.

bila aku pandang papoy sorang sorang, betapa sedihnya hati aku, dia hilang kawan sepermainan dia, dia hilang teman bermain, teman tidur sama sama, teman makan. kesiannya papoy. menangis aku malam tu, rindukan baby. aku boleh je bagi air kepala kat baby, cuma aku tak boleh fikir masa baby sakit, aku harapkan bantuan doc, tapi doc makin sakitkan dia dengan amik darah, cukur bahagian leher, tah la, aku tak percaya vet tu dah. sampai bila bila. 

aku rindu baby sangat, aku sayang baby, terasa dia masih ada dalam rumah tu. rindu diorang berlari, rindu diorang menyelit tidur dengan aku, rindu diorang teman aku kat toilet, mana je aku pergi diorang follow, rindu sangat. tapi ni kali terakhir la aku bela kucing, aku sakit bila diorang tinggalkan aku. aku down, aku sakit, aku sedih, Allah je tahu.

papoy, saya jaga papoy ya, semoga papoy membesar dengan sihat, papoy ada saya, saya akan jaga papoy baik baik. rindu and sayang korang sampai mati.





Tuesday, 13 February 2024

01DEC2023

 Tahniah awak. You got twin babies. Happynya dengar. Finally awak dapat keluarga yang sempurna. Mesti awak happy ada twin baby boys. Tahniah Peah. Aku rindu kau. Hari yang barakah, Jumaat penghulu hari, permulaan hari, untuk penghujung tahun. Awak ditakdirkan kedatangan bayi lelaki. Syukur ke hadrat Ilahi. 


Everyday doa saya, semoga Allah temukan kita di syurga. mungkin itu bukan doa awak, of course saya bukan dalam list awak. tapi awak , saya tetap doakan.


Update : hari ni baru tahu, rupanya awak dapat baby girl ya. Tahniah peah. Camelia & Clarisa. Comel nama. Saya doakan kebahagiaan untuk life awak. Well awak, malam tadi saya mimpi awak. Rindunya Allah je tahu. Saya mimpi saya jumpa awak. tak tahu apa saya buat sampai awak datang dalam mimpi saya. everyday, saya cuba nak contact awak. nak bgtau awak, saya terseksa selama 8 tahun ni. tapi saya cuma mampu tapi tapi tak mampu send kat awak. 

Saya taknak jadi penggangu rumah tangga awak. saya takkan ganggu awak walau rindu cane pun saya pada awak. awakkk, saya tahu sakitnya bila someone yang kita sayang, diganggu orang lain. saya takkan buat macam tu. saya mampu sayang awak dari jauh. masih saya berpegang semoga awak & saya ditemukan dalam syurga. saya rindu sangat. saya sayang sangat. rasa ni saya bawak sampai mati ya.

semoga awak sentiasa berada dalam keadaan baik baik je awak. berbahagialah awak dengan siapa pun atas muka bumi ni. 

Thursday, 30 November 2023

luka saya

 

Lately ni rasa teringat kat semua kenangan kita. Ingat lagi masa kita dah lama tak jumpa, and masa saya sampai kat Jb tu, awak amik saya dengan motor. Lepas saya turun je bas, awak pandang saya lama sangat. Saya boleh rasa betapa awak rindu saya, macam tu jugak saya, rindu sangat kat awak.


Masa saya pindah Jb, saya takda kerja lagi, awak tolong saya cari kerja. awak teman saya g interview. 4 hari je saya kerja, lepas tu saya dah taknak kerja. awak amik saya kat lab tu. bawak saya balik. 


saya usaha cari kerja sendiri. saya interview kat Yoke Food, masa saya nak g interview tu, saya ternampak awak kat receiption, awak saja g situ, nak tengok saya. Sweet betul. awak teman saya sampai kat motor. rindu lah kat awak. 

tapi saya dapat kerja lain. dekat dengan tempat kerja awak

awak teman saya lunch. tapi kesian awak, kena kecam sebab kawan dengan saya. satu kilang kecam awak kan. sabar betul hati awak sayang.

rindu awak sayang, rindu tengok awak sayang saya sangat. saya janji jadi baik kat dunia. semoga Allah jumpa kan kita kat akhirat, sumpah rindu ni berat :(

Thursday, 9 November 2023

Hajar Syuhada

 10 Nov 2023

2017-2023

Awak, dah 6 tahun kita berpisah. Suddenly saya rindu awak. Almost 2 weeks, saya rasa down, sedih yang melampau, rasa murung & rindu yang teramat sangat dekat awak. Tak sangka dah 6 tahun saya hilang awak, tapi rasa sakitnya macam baru lagi.

teringat ingat kenangan dengan awak, masih segar dalam ingatan saya senyuman awak, muka awak, sentuhan awak, masih segar dalam ingatan saya. Hari ni kita macam musuh kan awak? Rindunya rasa. Last saya text awak 30 may, saya bgtau awak Jack dah takda. saya sedih, and awak tak reply saya langsung. Sokay sayang, saya tahu awak takmau ingat saya. Hari ni saya dengar berita awak dah mengandung. Cikmok, Tahniah, finally awak berjaya bina keluarga yang awak impikan, keluarga yang bahagia dengan lelaki yang baik. Saya gembira dengar berita ni.

saya? saya masih sendiri awak. masih kesuyian. actually dah banyak kali bercinta, tapi semuanya kejap kejap. paling lama 8 bulan. sebab rasa tak boleh move on. Ingatkan ada orang lain, boleh la lupa awak. Tidak rasanya, hati ni masih fikirkan awak.

saya simpan semua conversation awak dalam hard disk. ingatkan kita pergi beli sebelum saya pindah tu. saya simpan semua dalam tu. ada video kita. baru baru ni saya ada buka video kita. kat rumah. video tu kita sembang sembang, and i was realize something, saya banyak sembang dengan awak tanpa rasa awkward. you know what , saya sekarang seorang introvert, tak suka bersembang, kalau dengan orang, saya berligat fikir one topic atleast untuk sembang, tapi bila tengok video tu, saya sedar, saya tak macam tu pun, saya rancak sembang dengan awak, saya selesa nak borak banyak benda dengan awak. 

saya dah lain sekarang awak. diam ni buat saya sunyi, saya tak suka bersembang dengan orang, saya nak sendiri je. tapi saya sakit sendiri, bila ada orang pun, saya just nak dia ada je, bukan untuk sembang. apa lah kehidupan yang saya sedang bina ni. saya pun tak tahu. dalaman diri saya dah hancur, saya tak mampu baiki lagi.

hidup ni sekadar tujuan kerana Allah & cuba beri manfaat untuk orang keliling. Saya dah janji, saya nak jumpa awak kat syurga. orang akan gelakkan saya, tapi almost 7 years, saya masih pegang benda yang sama. Sementara tu saya jadikan diri saya baik sebagai hamba Dia. Jumpa awak kat sana ya.



Wednesday, 29 March 2017

Sempunakan Diri Ku~60 Month

Awak.. Baca coretan ni, dengan hati yang lapang. Dengan hati yang terbuka, tanpa ada rasa marah, tanpa ada rasa benci, tanpa ada gangguan. Hanya awak & kesunyian.

Assalamualaikum awak, sihat ke awak? Lama saya tak tanya khabar awak. Saya tak tahu apa apa perkembangan pasal awak. Saya rindu betul pada awak.



Sayang, Happy Anniversary for 60 month. Bersamaan 5tahun. 5Tahun perkenalan kita. 5tahun hubungan kita. 5tahun untuk awak & saya.

Maniskan perkenalan kita? Masih awak ingat? Hari ini,5tahun yang lepas, awal awal pagi awak text saya. Dengan 1 text tu jadikan kita semakin rapat, 1 text tu menjadikan kita penting satu sama lain. 1 text tu menjadikan awak manusia paling saya sayang dalam hidup saya. Awak yang paling saya sayang. Banyak. Banyak sangat kenangan kita. Secebis pun tak pernah hilang dari ingatan saya. Sesaat yang berlaku pun tak pernah saya lupa. Saya sayang awak seikhlas hati saya.

Awak, selama kita bersama, saya terima semua kekurangan awak. Saya terima semua masa silam awak, Saya terima keburukan awak. Kita sama-sama saling menerima. Seinci pun kaki saya tak pernah angkat dari sisi awak. Sakit apa pun tindakan, kata-kata & perlakuan awak. Saya tak pernah pergi. Saya masih nak terima awak. Sebab saya sayang awak.


Sayang, buah hati saya. Maafkn kesilapan saya. Saya bnyak ajar awak benda tak baik. Awak betul. Siapa nak tahan dengan manusia seperti saya? Siapa awak? Even mak pun tak mampu bertahan dengan saya, apetah lagi orang luar seperti kamu. Terima kasih ingtkan saya tentang itu. Didikan yang diberikan pada saya tak begitu baik awak, sampai saya berikan didikan tu pada awak. Tapi satu saya nak awak tahu, didikan yang baik dari ibubapa awak, yang sampai pada awak, sekaligus telah sampai pada saya. Saya belajar erti sabar. Kesabaran yang sesungguhnya. Mungkin kesabaran tu tak terlihat dimata awak, tapi terkesan di hati saya. Maaf jika kesabaran saya tak sampai tahap yang awak inginkan. Maafkan saya awak.


Saya sayang awak sepenuh hati saya. Maafkn selama ni saya kongkong hidup awak. Saya cuma takut. Terlalu takut hilang awak. Saya takut tengok ramai lelaki kejar awak. Saya takut awak semudah tu pergi dari saya. Saya takut dilukai lagi. Saya takut sangat hilang awak. Saya cuba percaya awak. Tapi kepercayaan saya awak persendakan semudahnya, awak takkan pernah tahu sesukar apa saya bina semula kepercayaan ini untuk awak. Kesilapan besar awak adalah tidak setia. Kesilapan besar saya adalah berikan awak peluang kedua.

Awak tak akan pernah sedar besarnya pengorbanan saya demi awak. Kerana keburukan saya telah menutup sebahagian besar kebaikan yang saya berikan sepanjang bersama awak. Cukup lah hanya saya yang sedar akan pengorbanan saya untuk awak & awak perlu tahu, saya sentiasa sedar akan pengorbanan awak untuk saya. Maka saya hadiahkan kesetiaan selayaknya untuk awak.



awak banyak berjanji dengan saya. Awak banyak bersumpah dengan saya. Janji yang awak taburkan bukan sahaja antara kita. Tapi pengikatnya ada DIA. 

Allah dah berjanji setiap perbuatan akan dibalas walaupun sebesar zarah. Saya serahkan semuanya pada Dia. Dia selayakkan menentukan. Tapi awak jangan risau, saya tak harapkan awak merasai kesakitan seperti yang saya tanggung ni awak. Sakit ni, cukup la saya je yang rasa. Saya rindu awak, rindu sangat. Susahnya saya nak lupakan awak. Tapi apa daya saya ni awak? Selama ni hanya awak kekuatan saya. Awak tanya saya mana pergi kekuatan saya? Selama ini kekuatan saya bukan pada diri saya. Tetapi ada pada awak. Dan kekuatan itu pergi bersama awak.




Dimana awak berpijak HARI INI, adalah kerana bersama saya. Dimana saya berpijak HARI INI adalah kerana bersama awak. Jangan awak lupa & saya tak akan sama sekali lupa.

Saya yang bersusah senang dengan awak, saya yang berbasah kering dengan awak, saya yang ketawa menangis dengan awak. Saya ini yang jatuh bangun dengan awak. Bukan abang awak, bukan bulat, bukan sesiapa. Hanya saya, awak & kita. Tapi penghargaan itu jelas awak berikan bukan pada yang bersama awak, tapi yang berada di saat awak sedang senang.

Maka demi itu,

Saya halal kan semua duit saya yang awak guna semasa awak tipu saya. Saya halalkn makanan yang sampai ke perut awak semasa awak sedang perbodohkan saya. Saya halalkan semua perbuatan awak, saya halalkan semua pembohongan awak. Saya halalkn janji & sumpah awak. Saya halalkan hak saya yang awak abaikan, saya halalkan setiap barang saya yang awak sentuh, saya halalkan kaki awak yang menjejaki setiap ruang yang bukan milik awak. Tak ada lain saya halalkn ini kerana Allah. & sesungguhnya kerana saya sayang awak melebihi segalanya.


Bertahun sudah kita bersama
Hanya dusta sebalik setia
Kau biarku derita
Menangis didalam jiwa
Kau terluka akulah peneman
Kau bahagia aku di tinggalkan

****


Rupanya sudah 5 tahun Allah pinjamkan diri kamu bersama sang yatim piatu ini. Diwaktu orang lain punya ibubapa sebagai rujukan, bimbingan & sandaran tetapi aku hanya bertatih sendiri. Terima Kasih pernah menjadikan aku pendamping hidup kamu tanpa batas waktu.
Jauh dari kamu adalah kesunyian, kerana hanya diri kamu penghibur, hanya kamu mengerti diri ini, hanya kamu faham kesedihan, kemarahan, kesunyian & gelak tawa diri ini. Maafkan aku jika banyak hak kamu aku abaikan, hak kamu aku endahkan, hak kamu aku lupakan. Maafkn sesungguhnya.
Sayangnya pada kamu hanya aku & tuhan saja yang tahu.  Aku telah tersangkut dihati kamu, dijiwa mu, di kehidupan mu.



Saya ini adalah hadirnya dari aniaya kamu. Yang kamu sakiti hatinya, yang kamu permainkan perasaannya. Yang kamu tabur janji segala. Setiap kebaikan akan sampai pada pelakunya malah demikian juga sebaliknya.
Saya tak pernah lihat kekurangan awak sesuatu masalah besar pada saya, saya tak pernah lihat semua masalah yang merunsingkan awak itu sekecil kecil perkara. Malah tidak juga saya menganggap kerinduan awak pada saya itu remeh semata. Kerana kerinduan yang diabaikan adalah kesakitan sesungguhnya.





Selalu aku ingatkan diri aku, kamu itu adalah pinjam-pinjaman , sampai waktu akan pergi jua. Sesungguhnya kita ini tidak dimiliki atau memiliki melainkan kerana Dia. Tidak aku memulis nama kamu di merata tempat kerana cukup nama kamu di dalam doa aku, di dalam sujud panjangmukan kelak. Cukup kamu tahu aku sedang sakit akibat perbuatan kamu.

Pemergian kamu membawa bersama separuh jiwa aku.

Salam perkenalan 5 years Hajar Syuhada. 

Dari saya Nurul Hafizan.

Tuesday, 11 October 2016

Rumah Baru

Awak,

Kemarin awak dah dapat rumah baru. Lepas ni, awak betol-betol pergi dari hidup saya. Lepas ni saya betol-betol hilang awak la sayang. Saya rindu awak. Hmm, macam mana awak? Sunyinya setiap sudut hati saya ni bila awak btol-betol dah tak ada nanti.

Sayang, saya rindu semua kenangan kita. Hati saya takut sangat nak lepaskan awak. Saya takut rasa sunyi sangat. Saya takut saya tak kuat. Saya tak kuat tak ada awak kat sisi saya, Saya tak tahu nak terangkan kat awak, betapa hati saya berkecai sangat saat ni. Saya tak tahu nak reaksi yang macam mana. Saya rindu awak. Rindu kenangan kita sayang. Sumpah, rindu sangat.

Wednesday, 4 May 2016

Setia

4 Mei 2016 ~ Hari ni genap 25 tahun usia aku. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur aku.
& Beri kesihatan yang baik untuk aku. Semoga Allah murahkan rezeki aku & Allah buka pintu rahmatNya untuk aku.

Thanks kat orang sekeliling yang sentiasa berada disisi saat susah & senang. Thanks kat awak, Sebab selalu mendorong diri ke jalan yang lebih baik. Thanks untuk family juga.

Orang setia paling banyak kecewa. Betol. Sebab once kau setia, Kau cuba buat sesuatu yang baik untuk pasangan kau tapi di anggap perkara biasa. Aku x bangga nak mengaku aku orang setia. & aku x sedih di anggap orang paling bodoh.

Yes aku selalu jadi bodoh sebab cinta, sebab setia. Aku berkorban segalanya tapi akhirnya aku ditinggalkan. Banyak kali. Betapa sakitnya tengok pasangan kita takot kehilangan orang yang baru dia kenal. Berbanding kita. Betapa sakit bila pasangan kita cakap dia tawar hati padahal belakang kita dia ade orang lain. Aku setia. Tapi dipermainkan. Dari dlu lagi.

Kenapa bila setia x pernah jumpa orang yang same same setia. Hanya Allah yang tahu.

Friday, 22 April 2016

Kesedihan

Sayang, saya tahu awak impikan sebuah perkahwinan yang lengkap untuk diri awak. Sebuah keluarga yang complete untuk awak.
Seringkali saya terfikirkan mcm mana keadaan tu. Awak kenal lelaki. Awak bercinta. Cara pandangan awak pada dia. Sentuhan awak pada dia.. Awak bertunang dengan dia. Awak cantik sangt. Awak tersenyum gembira. Awak siapkan perkahwinan awak, test baju dengan dia, siapkn gubahan, pilih baju dengan dia. Awak bhagia tggu saat di nikahkan. Kalaulah semua ni saya rasa dengan awak, Gembira hati saya.

Beruntungnya siapa yang dapat awak. yang dapat kasih sayang awak.
Cemburu betol hati saya. Tapi apa saya boleh buat? Cuma saya berharap xkan ada kesakitan ke atas awak. Awak layak dptkn sesuatu yang lebih berharga, yang lebih membahagiakn. Saya sayang sangat dekat awak. x tahu kenapa, saya cinta sangt dengan awak.

Pernah saya kata dlu, saya akan selalu setia dengan awak. Dah 4 tahun sayang, saya betol betol pegang apa yang saya pegang. X tahu apa nk buat kalau saya betol betol xde awak. Kalau sy betol betol hilang awak. Saya terasa setiap pelusuk dunia ni kosong xde awak. Saya betol betol sakit xde awak. Sekarang ni, saya betol betol rasa sakit tu awak. Saya tahu ade org tengah tggu awak dekat luar sana. Saya tahu dia pon sayang awak, Saya tahu dia impikan awak. Yang saya tahu, saya terlalu sayang awak.

Wednesday, 6 April 2016

30 March 2016

Benda ni aku dah plan sebelum g Redang, Aku dah contact orang orang yang sepatutnya tolong aku untuk buat suprise ni. So pada hari yang di janjikan 30 Mac 2016 bersamaan hari Rabu, pagi tu aku wish dekat fb. Sedih doe. Dah tau hubungan ni tak lama. Masing masing wishkan benda yang myedihkan. Of corse aku sedih. Aku akan kehilangan dia. Tapi aku harus tabahkan juge.

Waktu lunch tu, aku terus g hntar pinggan kat kedai kek, mintak dia letak kek atas pinggan & buat tulisan dekat atas pinggan tu. Nasib kek yang dia suka ade. Kek White Choclate Macadamia. So aku hantar pinggan, petang baru aku amik. Yang lain aku settlekan petang.

Tepat pukul 5.30 petang aku thumprint & terus amik kek. Pastu hntar kek kat rumah. & keluar balik amik belon.

Happy Anniversary 4 Tahun


Tadaa. Niha belonnya. Simple sebab buat dalam bilik je. Kat luar bnyak anasir berbuluuu. Meletop nanti. So cepat cepat amik belon, balik rumah & prepair nak letak mana, tolak motor kt belakang rumah, bagi kucing makan, kemas rumah sikit & mandi.

Pukul 7.00 dah settle semua. Tggu sayang aku balik. sementara tu kena pastikan rumah memang macam xde orang. hehe. Pukul 7.15malam, dengar motor dia kat depan rumah. cepat cepat masuk bilik. Sorok belakang pintu. Pasang lilin sumee. Pastu duk senyap senyap belakang pintu. Tapi tu ah, dia leh bantai duk layan akasia kat TV depan. Berasap oii hati. Hahah dah la berpeluh. Adeiii.
Tunggu je bila dia nak masuk. Bila TV3 tibe tibe azan magrib, dia masuk, susah skit tombol nak buka. 

Jengjeng, bila dia buka je terdengar suara dia."Haaaaaaa..." hehe dia x perasan pon aku belakang pintu. Lama gak dia tercegat depan pintu. Aku dr belakang pintu pon wish. Happy Anniversary.
Hehe terkejut dia, Konon malu malu aku wat suprise sebab 4 tahun bersama ni first time laa aku buat untuk dia. Of course dia terharu. Menangis & peluk aku. 

Saya harap awak sukaa yer. :)
The End


Tuesday, 5 April 2016

Seharian

So far, aku lepas balik dari Redang, aku bercadang nak pindah.
Lepas gaduh besar dengan awak, saya rasa adalah lebih baik kita berjauhan.
Saya x sanggup nak tengok awak benci saya. Nak tengok awak sayang orang lain, selain saya.
Tengok perubahan awak depan saya. saya decide nak pindah. Tapi sangat kejam bila saya
decide nak pindah & biarkan awak dengan kenangan kita kat rumah ni. Ini sangat menyeksakan.
Saya terpaksa hold offer letter saya dekat sane.

Tumpuan saya pada pekerjaan awak, biar awak cari yang lain dlu, Pindah kwasan baru.
Baru saya pindah. Tinggalkan semua kenangan kita dekat rumah tu. Macam2 kenangan.
Dari mula kita pindah, kosong sangat rumah tu. yang ade cuma toto, bantal dengan selimut.
Lepas tu kita beli TV, Tv plak rosak. Terpaksa buat muka tebal pinjam kereta orang. Beli TV baru.

Teringat masa tu bulan puasa, kita letak ayam dekat rumah kak nita, sebab rumah xde peti sejuk.
Petang tu nk g amik ayamnye tapi kak nita xde. Kita makan jemput jemput je sampai kenyang.
Habiskan duit beli kuali, periuk nasi, belender, sudip, tong gas. mcam2 kita beli sebab semua keperluan. Pinggan pon beli 2 je masa tu. letak la kat lantai.

Tak lama lepas tu, sy mintak production buatkan rak TV kt rumah, pastu beli tilam dengan peti sejuk dengn Wolbot, kawan saya. masa tu tiap tiap bulan kita beli barang rumah je, untuk cukup kan. X cukup makan pon xpe, asalkan keperluan cukup. Masa tu pulak gaji saya kecik. Banyak pkai duit awak. Thanks kat awak, sanggup selami susah senang ni bersama saya.

Sampai saya mampu beli kereta, awak habis bayar motor awak, awak pulak beli kereta. Alhamdulillah skg kita hidup senang, cukup makan & pakai. Sampai barang dekat rumah kita dah penuh sangat. Lansung xde ruang nak letak barang. hehe

Tapi apa yang kita lalui ni x ubah rasa sayang saya pada awak. Sayang awak sangat.

Friday, 1 April 2016

Cerita Dulu

Awak, buah hati saya.

Saya faham awak nak berubah. Saya sayang awak. Apa yang awak mintak, saya usahakan.
Tapi kali ni permintaan awak terlalu berat untuk saya tunaikan.

Saya sampai Johor ni semua sebab awak. Saya datang sini untuk awak. Jadi saya pergi jugak untuk awak, Buah hati saya. Apa saya boleh buat sayang? Saya x boleh buat apa apa. Itu pilihan awak. Saya sebagai manusia berusaha untuk tunaikan apa orang yang saya sayang nak. Insya Allah.


24 Oct 2015- Tahun lepas kita Holiday kat Krabi. Sebelum tu kita bergaduh besar. Tapi saya dah lupakan. Seronokkan? pertama kali kita holiday jauh sikit. Rasa mcam bhagia sangt ada awak dengan saya masa tu. Jalan jalan, tengok tempat orang.. Tengok budaya orang.

22 Mac 2016- Kita pergi Redang. Macam macam masalah masa ni. Tapi kita tempuh jugaa same same. Tapi kali ni kita lain sikit. Awak x bnyk ambik gmbar dengan saya. Awak bnyak rapat dengan kawan kawan. Saya perasan awak lain. Tapi saya nk kata apa. Saya diamkan saje. Terasa percutian kali ni betol betol lain. Bila awak duduk sebelah saya, Terasa awak orang asing sangat. Sebab kita dah jauh kee awak? Tapi kita teruskan percutian jugak kann. Saya ingt percutiaan ni boleh erat kan saya dengan awak. Tapi saya silap, terasa kita makin jauh.

30 Mac 2016- Kita Celebrate Anniversary kita dekat dalam bilik kita. Awak nampak happy sangat. hehe Terasa saya malu sangt buat suprise tu sebab pertama kali saya bgi awak bunga. pertama kali buat suprise untuk awak. Belikan kek untuk awak. Tak sangka kali ni berjaya rancangan saya.
Alhmdulillah. hehe, Awak saya rindu awak.

Maafkn saya. Saya tak pernah hargai awak. Maafkan semua silap saya sayang. Kali ni permintaan awak, awak nak berubah. Kepada awak yang normal. & yang lebih baik dari sebelumnya. Sayang, Awak orang yang baik. Awak x patut berdamping dengan saya. Tapi Allah temukan saya dengan awak. Allah pinjamkn awak pada saya. Awak bnyak mengajar erti hidup untuk saya.

Saya rindu awak. Rindu sangat. Awak bgaikan nyawa saya. Macam mana saya nak ok kalau xde awak. Macam mana saya nak hidup xde awak? mcam mana saya nak senyum xde awak, Kosong. Jiwa saya kosong tanpa awak sayang. Saya sakit xde awak. Awak x faham apa yang saya rasa ni. Sebab awak cakap saya kena kuat. macam mana saya nak kuat kalau selama ni awak kekuatan saya??
Saya jatuh awak, saya sakit.

Doa saya semoga awak bhagia dengan siapa pon pilihan awak.


Anniversary 2016

Sayang, Happy Anniversary untuk tahun ke 4.
Sayang.. Happy Anniversary sayang yang ke 4 tahun. Ini mungkin Anniversary kita yang terakhir. Saya sayang awak sangat. Dari hari pertama kita jumpa, sampai hari ni. Saya terlalu sayangkan awak. Lansung tak terusik perasaan ni setiap apa yang berlaku. Saya cuma ada awak.
Maafkan semua salah silap saya pada awak. Kalau x mampu hati awak maafkan saya, awak tuntutlah saya. Saya redha. Saya maafkan semua silap awak, tak ada apa yang berbekas di hati saya. Di hati saya, Cuma tinggal rasa rindu & sayang untuk awak. Saya maafkan awak dunia akhirat.
Maafkan saya, tak mampu bawa awak kejalan yang lebih baik. Saya tak mampu tunjukkan sesuatu yang baik, tak mampu berikan apa apa yang terbaik. Maafkan silap pada mata saya, tangan saya, tubuh saya, kaki saya, setiap inci badan saya ke atas awak.
Awak.. kekasih hati saya,
Terima kasih, awak selalu tenangkan jiwa saya, sabarkan hati saya, damaikan jiwa saya. Terima kasih untuk setiap yang awak selalu hulurkan. Saya tak akan lupa, akan jadi amalan awak di akhirat sana. Terima kasih untuk kasih & sayang yang pernah awak beri. Melindungi saya, menjaga saya, & hormati saya. Tak terbalas rasanya. Saya izinkan awak mencari yang lebih mulia. Yang lebih baik dari saya.
Terima kasih untuk perkenalan ni sayang, Terima kasih untuk setiap pengorbanan awak hulurkan. Terima kasih sudi terima insan hina mcam saya. Awak ada setiap susah senang saya. Awak akan selalu di hati saya. Saya rindu pelukan awak, ketawa awak, senyuman awak, tangan awak, usapan awak. Saya rindu awak sangt. Hari- Hari saya rindu awak.
Happy Anniversary

Sunday, 5 October 2014

Hari Raya Aidil Adha

assalamualaikum

selamat hari raya aidil adha semua. untuk family. maafkn silap diri ini jika banyak kekurangannye. untuk kesayangan, maafkan kesilapan andai bnyak bahasa terguris perasaan kamu.
tbe tbe hari ni rasa rindu sangat dekat awak. sya x thu mcm mne rsa bila kehilangan awak nanti. sy x sanggup rasa. sebab dalam hati saya selalu ade rasa sayang kat awak. selalu cinta awak. saya nakk awak. rindu awak ayangg

selamat hari raya

Saturday, 4 October 2014

16ogos

assalamualaikum.

kisahnya psal 16ogos ni ya. kisah tentang kami. aku dia dan kwan kawan. kali pertama aku jumpa yatt (nafaz centa) setelah bertahun kawan dalam fb. jumpa kat bufday party kawan dia. ramai budak kulai yang kita dah kenal kan ayang. yatt jihan kecik helin ayie. hihi.. and lekat smpai skg. berkawan. cukup sekadar kawan biasa. kawan yang bole ade waktu susah senang aku dgn peah. x susah hati nak tinggalkn peah kat kulai if aku kena balik kg.. if dia sakit and aku xde kat sisi dia. ade kwan kawan yang pasti ambil berat tentang dia. dan aku pasti bgitu if mereka perluka  pertolongan aku. ok. kepala sakai sakai semua. ayang. mereka harap kamu pulang semula ke group wasep. rindu tengok bebelan kamu.

Sunday, 20 July 2014

Hari Raya

Assalamualaikum kesayangan :)
xde ape pon yang nak saya kongsikan cuma nk ceritakan impian hari raya saya
perkara ni mungkin tak kan terjadi

sayang, kan best kalau raya ni ada awak dengan saya
kan best kalau ade ikatan sah antara kita
yang menghalalkan kita

tibe2 saya terbayangkan
kita duduk jb.. raya tahun ni kita raya kampung saya.
same2 gerak dari jb balik melaka. lepas melaka kita gerak same family saya balik klang.
awak ade dengan saya.
raya pertama awak siapkan baju saya
awak salam tangan saya, saya cium dahi awak
kita salam umi dengan abah
kita same2 g solat raya & kubur arwah nenek saya
kita beraya same-same dengan family saya
kalau dekat klang fmly saya besar.
dari pagi smpai malam kita cuma g beraya je
saya kenalkan awak dengan sepupu & saudara saya
bahagia nye kalau ade awak

bestkan sayang,
pastu raya kedua malam kita balik melaka pulak
raya dengan mak saya dekat belah melaka
fmily belah melaka pon besar tapi kurangnye dorang x suka berjalan raya
tp fmily saya mesti g berjalan jugak
belah sana pon saya nk kenalkan awak dengan dorang
as my WIFE
bestkan kalau awak isteri sah saya

malam raya ketiga tu kita balik kg awak pulak :)
raya dengan fmily awak. 
gilir2 lah kan
best sangat kalau sayang jdi wife saya
kalau boleh saya nk awak pendamping hidup saya

tapi hakikatnye tu cuma angan-angan saya
kalau kat dunia saya xada dengan awak
boleh tak kat akhirat saya nak ada awak??

saya sayang awak

Friday, 4 July 2014

KITA

assalamualaikum =)
xde ape yang menarik untuk entry ni
cuma nak cerita pasal KITA
yer, saya & awak

KITA sejujurnya dekat hanya dimata, tapi jauh sangat hati KITA
i dont know why
but i miss you
really miss you sayang

KITA ade cuma hanya saling memerlukan
bukan kerana sayang atau cinta
saya rindu itu

rindu saat awak perlukan saya
rindu saat awak rindukan saya
rindu saat awak cinta saya
saat awak peluk saya
saat awak betol2 sayang saya
saya rindu itu
we are separated slowly

x ada lagi wish dari awak,
x ada lagi kasih dari awak,
ciuman setiap pagi awak,
sentuhan tangan awak,
senyuman awak,
msg setiap pagi awak,
wish nite dari awak,
saya rindu itu
sangatt rindu
tapi awak x perlu tahu
cukup saya je merasa sakit rindu ni

saya rindu KITA yang dulu

Thursday, 26 June 2014

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum :) heee almost 2 days lagi nak menghampiri bulan Ramadhan. 
and the best thing is thun ni puasa dengan kesayangan lagi
i never thought its been too long our journey in relationship.
but im soo happy for it
dan saya harap awak juga begitu hendaknye sayang
you always be my side whatever i am

and for this Ramadhan saya harap kita lalui dengan lebih kesempurnaan 
penuh ibadah, keikhlasan, & kejujuran

the last is Happy Ramadhan untuk umat islam
and hope all of we meet next ramadhan

Barakallah 
=)

Monday, 9 June 2014

JAUH...

kesayangan :) kita dah cecah 2 tahun besama sayang. saya sayang awak sangat. setiap kali pandang awak, senyuman awak, buat saya terpikir. macam mana hidup saya tanpa awak. tak ada lagi senyuman awak untuk saya, tak ada lagi pelukan awak untuk saya, tangan awak yang mengusap belakang saya. tangan awak yang pegang tangan saya. suara awak yang panggil saya. tak kan ade lagi semua tu lagi. 2 tahun yang kita lalui ini terlalu singkat. semua yang ada saya simpan ketat2 dalam hati & ingatan saya. saya xnk operate. saya x nak buang kenangan kita. kenangan kita kekuatan saya. 

bila xde lagi awak kat sisi saya, rsa kosong dunia ni untuk saya. yang ada cume memori kita, setiap tempat yang saya pergi, terasa ade awak kat sisi.
setiap tempat saya berdiri terasa ada lagi gurauan awak. saya rindu awak .

saya tak tahu, tapi kadang2 saya rasa awak tak pernah rasa awak tak kisah kehilangan saya,

Sunday, 11 May 2014

KEGAWATAN

my lovely dear. kesayangan. buah hati. jantung pengerang. saya tahu, sekarang kita tengah susah sikit. tak bermakna kita susah selamanya. kan? yer kita memang perlu berusaha. tapi daya ape lagi yang kita ade sayang?? Allah menguji setiap hambanya. betol kita kena berusaha. tapi sebelum kita berusaha apa kata kita berbalik pada diri kita semula. kita bersyukur ke dengan bulanan yang kita ade?? duit rumah berapa jer. kalau kita dapat 2k++ pon if kita tak bersyukur, xde keberkatan pda duit kita tu. kan? kita dah usaha sehabis baik untuk menjimatkan segala kegunaan kita. bukan duit kita tak cukup tapi keberkatan kita x ade. Allah mengatahui segalanya. ini ujian untuk hambanya. semoga kita semakin tabah lalui setiap ujian dari NYA.

Saturday, 26 April 2014

boot

salam. lame dah aku tak update blog aku ni. ade labah² masuk dah. hri ni aku g ioi mall. ade pertandingan kucing² semalaysia. huhu semua kucing comey² belaka. tapi tu lah. harapan sebab meow aku ni sakit. dah 2 hari x mkan. aku pon naik risau dengan dia. ya allah. semoga dia terus panjang umur. lagi satu. mggu lepas hari selasa tak silap. kucing aku name oyen. dah pergi meghadap ilahi. swdih rasanya. terkadang rasa rindu yang amat dekat dia. sebab dia yang selalu happykan hari² kitowng. mungkin dah ajal dia. belajar lah redha. untuk harapan yang akan datang. harap² boot terus sihat. aku bukan tak ikhlas tapi dah beratus habes duit untuk medical dorang. cuma nak dorang terus sihat. aamiin.